Jumaat, 21 Januari 2011

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SUKAN NEGERI PERLIS




Satu majlis anugerah sukan Negeri Perlis akan diadakan dipadang bola Taman Emas. Majlis akan diadakan pada 26/01/2011 bersamaan hari rabu jam 9.00 malam.Majlis tersebut adalah bertujuan memberi penghargaan kepada semua yang telah berjaya dan mengharumkan nama Negeri Perlis dalam bidang sukan.
Majlis akan penganugerahan tersebut akan dilakukan oleh YAB Menteri Besar Perlis. Dijangkakan seramai 1500 orang yang terdiri dari VVIP,VIP dan jemputan sekitar Parlimen Padang Besar akan turut serta meraikan majlis tersebut.
Ini adalah merupakan julung kalinya majlis saperti tersebut dibuat diluar dari lingkungan dewan.
Taman Emas adalah tempat yang telah dipilih bagi majlis tersebut.
Kepada semua penduduk Taman Emas diseru untuk datang beramai-ramai bagi memeriahkan majlis tersebut. Makan dan minum disediakan. Semua Jawatankuasa KRT Taman Emas mengalu-alukan kehadiran para jemputan kemajlis tersebut.

Tiada ulasan: