Rabu, 26 Januari 2011

PENGHARGAAN KEPADA ATLIT



Jawantankuasa KRT Taman Emas mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua atlit yang berjaya mengharumkan nama negara dan juga negeri kelahiran dalam bidang masing-masing. Sebagai tanda penghormatan, satu majlis penganugerahan akan di adakan di PADANG PERMAINAN TAMAN EMAS BUKIT KETERI PADA 26/1/2011 JAM 9.00 MALAM. Majlis akan disempurnakan oleh YAB Dato Seri Md.Isa Sabu Menteri Besar Perlis.

Jumaat, 21 Januari 2011

SELAMAT TAHUN BARU DAN THAIPUSAM

Krt Taman Emas mengucapkan selamat menyanbut tahun baru dan thaipusam kepada penduduk beragama hindu dan juga penduduk berbangsa cina.

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SUKAN NEGERI PERLIS




Satu majlis anugerah sukan Negeri Perlis akan diadakan dipadang bola Taman Emas. Majlis akan diadakan pada 26/01/2011 bersamaan hari rabu jam 9.00 malam.Majlis tersebut adalah bertujuan memberi penghargaan kepada semua yang telah berjaya dan mengharumkan nama Negeri Perlis dalam bidang sukan.
Majlis akan penganugerahan tersebut akan dilakukan oleh YAB Menteri Besar Perlis. Dijangkakan seramai 1500 orang yang terdiri dari VVIP,VIP dan jemputan sekitar Parlimen Padang Besar akan turut serta meraikan majlis tersebut.
Ini adalah merupakan julung kalinya majlis saperti tersebut dibuat diluar dari lingkungan dewan.
Taman Emas adalah tempat yang telah dipilih bagi majlis tersebut.
Kepada semua penduduk Taman Emas diseru untuk datang beramai-ramai bagi memeriahkan majlis tersebut. Makan dan minum disediakan. Semua Jawatankuasa KRT Taman Emas mengalu-alukan kehadiran para jemputan kemajlis tersebut.

Isnin, 3 Januari 2011

MAKLUMAN

Kepada semua penduduk, disini dimaklumkan bahawa jawatankuasa yang ada telahpun menamatkan tugas masing-masing pada 31/12/2010 setelah menerajui selama 2 tahun bagi sesi 2009-2010. Pemilihan dan perlantikan AJK bagi tahun 2011 akan dilaksanakan oleh pihak Jabatan.
Jawatankuasa yang lepas memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan semasa dalam tempoh memegang jawatan tersebut.

SELAMAT TAHUN BARU DAN SELAMAT KE ALAM PERSEKOLAHAN

Semua jawatankuasa mengucapkan selamat tahun baru kepada semua penduduk Taman Emas dengan harapan semoga penduduk tahun 2011 akan menjadi lebih baik dari penduduk tahun 2010 dan juga kepada semua anak-anak yang akan mendaftar sebagai pelajar di Tadika mahu pun di sekolah kami jawatankuasa mungucapkan selamat belajar dan beroleh kejayaan.