Satu karnival sukaneka akan diadakan pada tarikh 26/06/2010 bertempat di padang permainan Taman Emas yang akan disertai bersama pameran dari Agensi- agensi luar saperti AADK, Tentera 504, Telekom Malaysia dan lain-lain lagi.
Disamping itu juga, kepada penduduk Taman Emas dan kawasan sekitarnya boleh membuat pemeriksaan kesihatan.Majlis penutup akan disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integriti Nasional Negeri Perlis.
Pada 25/06/2010, Jumaat malam selepas solat Isyak. Satu majlis anugerah kepada pelajar cemerlang bagi tahun 2009 akan di adakan bertempat di Surau Taman Emas. Kepada semua ibu bapa pelajar dijemput hadir bersama anak masing-masing.Majlis tersebut akan disempurnakan oleh YB Mat Rawi, ADUN kawasan Beseri.
Antara Aktiviti:
- Pertandingan Bola Sepak Bawah 12 Tahun.
- Pertandingan Bola Sepak 13 hingga 19 Tahun.
- Pertandingan Mewarna bagi kanak-kanak tadika.
- membawa bola pingpong dengan sudu
- Mencari duit dalam tepung
- Menjaring bola jaring
- Boling padang
- Kerusi muzik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan