Isnin, 31 Mei 2010

MAKLUMAN

Satu perjumpaan dengan pengarah perpaduan negeri akan diadakan pada:

Tarikh: 2hb JUN 2010
Jam : 8.00 malam
Tempat: Dewan Residensi Kangar.

Setiap KRT perlu menghantar wakil seramai 5 orang ahli jawatankuasa masing-masing.

Selasa, 25 Mei 2010

MAKLUMAN SEMUA AJK

Satu mesyuarat akan diadakan pada minggu hadapan bagi membincangkan perkara berkaitan karnival jalinan mesra 2 yang akan diadakan pada hujung bulan JUN ini.

Jumaat, 21 Mei 2010

Aktiviti yang dijalankan tahun 2010






Ceramah berkaitan makanan halal dan pameran AADK

Perancangan 2010

Pelbagai aktiviti akan cuba dijalankan dalam tahun 2010 ini bagi mempereratkan hubungan antara semua penduduk yang tinggal dalam kawasan Taman Emas ini seperti:
a. Gotong royong membersih kawasan
b. Lawatan kerja sandaran
c. Karnival sukan
d. Majlis bacaan yassin dan solat hajat
e. Kelas pengajian agama
f. Kursus kerjaya bagi belia

Khamis, 20 Mei 2010

AHLI JAWATANKUASA KRT 2009-2010

Pengerusi: En.Zamri Zakaria - 0195703262
N.Pengerusi: Pn.Salma Mat Rejab - 0174999725
Setiusaha: En.Bakri Senafi - 0174938293
N.Setiausaha: En.Hanif Azlan Saidun - 0125626615
Bendahari: Pn.Salwa Hashim - 049386736
Ajk:
En.Zadali Jatim - 0175740034
En.Sidek Hambali - 0175481069
En.Idros Idris - 0134302240
En.Shaari Abdullah - 049381973
En.Ahmad Hj.Said - 0194546940
En.Mazhar Mohamed Kasim - 0174521553
Pn.Rohana Abd.Kadir - 0125331514
Pn.Rozilawati Rosli - 0125307671
En.Mohd Isa Othman - 0194441686
En.Noh Dogol - 0125574035
En.Roslan Jusoh - 0175713603
Pn.Raniah Salleh - 0174138669
Pn.Hasniza Daud - 0174993467
Pn.Kamariah

Kedudukan Taman Emas




Taman Emas Bukit Keteri, terletak lebih kurang 15km dari bandar Kangar atau lebih kurang 20 minit perjalanan. Taman ini berhampiran dengan Kilang Simen CIMA dan terletak berhampiran dengan stesyen keretaapi. Jika hendak ke Padamg Besar, dari taman ini akan mengambil masa perjalanan 20 minit. Perihal penduduk yang menduduki Taman Emas terdiri dari pelbagai kaum iaitu Melayu, India dan Cina. Terdapat lebih kurang 240 buah rumah yang ada di Taman Emas.
Kemudahan yang terdapat di Taman Emas ialah sebuah Tadika Kemas, Dewan orang ramai, Surau dan padang permaianan.

Pengertian Logo KRT





Pengertian Logo
Keseluruhan Logo ini mengutarakan fungsi dan matlamat Rukun Tetangga (RT) ke arah pembentukan Bangsa Malaysia berlandaskan Rukun Negara.
1. Bulatan Besar
Bulatan besar pada logo ini menggambarkan rakyat negara ini sentiasa bermuafakat dan hidup bersatu padu.
2. Warna
Warna-warna yang digunakan pada logo ini adalah seperti mana yang terdapat pada Jalur Gemilang iaitu: Biru - Bermuafakat dan bersatu padu
Merah - Keberanian dan keluhuran
Kuning - Kejayaan dan keharmonian
Putih - Kesucian dan bertangungjawab
3. 5 Bulatan Kecil Warna Merah
Lima bulatan berwarna merah di bahagian atas Logo ini membawa pengertian lima prinsip Rukun Negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mesej yang dibawa menerusi simbol ini ialah seluruh rakyat mendukung dengan semangat kental serta luhur falsafah dan aspirasi Rukun Negara dengan mengamalkan dan menghayatinya.
4. 2 Bentuk Titisan Air Terbalik
Di bawah bulatan pada Logo ini terdapat 2 bentuk titisan air terbalik digambarkan seperti orang membawa maksud bahawa rakyat negara ini sentiasa bersungguh-sungguh berganding bahu bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.
5. Garisan Berwarna Merah
Dua garisan berwarna merah yang terdapat di kiri dan kanan Logo ini membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia sedia menghadapi apa jua ancaman dan serangan dalam usaha membentuk perpaduan dan keharmonian sejagat yang akhirnya membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.
6. Segi Tiga Berwarna Kuning
Segi tiga berwarna kuning yang terdapat di bawah Logo ini membawa pengertian bahawa Rukun Negara merupakan panduan seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membangunkan Malaysia dengan mengambil kira nilai-nilai murni yang diamalkan bersama.
7. Garisan merah di atas garisan putih
Barisan warga Rukun Tetangga (RT) yang gagah berani mempertahankan keamanan Negara daripada segala bentuk ancaman dengan rasa keikhlasan dan ketelusan yang tiada tolok bandingnya.
8. Keseluruhan Garisan Berwarna Biru
Keseluruhan garisan berwarna biru memberi maksud bahawa rakyat Malaysia menggunakan pelbagai cara yang difikirkan sesuai mengikut nilai-nilai murni yang amalkan bersama bagi tujuan membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu bagi menjamin pembangunan negara.